Geografi Blog – Group B

Just another k1b09yshung-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim Malaysia

Tahukah anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia? Antaranya ialah kedudukan, angin monsun, ketinggian, dan kepulauan.

Kedudukan

 Peta 1.1                                    

Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa menyebabkannya tidak mengalami kemarau yang melampau. Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam sehari. Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang tahun.

     Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan oleh kedudukan. Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah antara garisan lintang 6°U hingga 20°U. Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup menuju ke kawasan tekanan rendah di lautan tropika. Peta 1.1 menunjukkan negara-negara di seluruh dunia.

     Peta 1.2

     Peta 1.2 menunjukan negara-negara yang duduk di kawasan khatulistiwa. Negara-negara yang duduk di kawasan khatulistiwa tidak ada empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk. Negara kita juga duduk di kawasan khatulistiwa. Oleh itu, suhu Malaysia tiada perbezaan yang besar.

         ‘spring’ (musim bunga)

     ‘summer’ (musim panas)

              ‘fall’ (musim gugur)

         ‘winter’ (musim sejuk)

 Angin monsun

Negara kita menerima dua jenis angin monsun yang utama, iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua jenis angin tersebut mempengaruhi taburan hujan.

   Hujan

      Monsun Timur Laut bermula dari awal bulan November dan berakhir pada bulan Mac. Pada musim ini, kawasan Asia Tengah mengalami musim sejukdan menghasilkan satu kawasan tekanan udara tinggi. Pada masa yang sama, kawasan pedalaman Australia pula mengalami musim panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan udara rendah. Perbezaan tekanan udara di antara kedua-dua kawasan tersebut mengakibatkan aliran udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, angin bertiup keluar dari Asia Tengah menuju ke kawasan pedalaman Australia. Angin ini merentasi negara kita sebagai angin Monsun Timur Laut.

     Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari Laut China Selatan membawa hujan bukit yang lebat ke kawasan tanah tinggi pantai timur Semenanjung Malaysia, bahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah, dan hampir seluruh negeri Sarawak.

     Angin ini membawa sedikit hujan ke pantai barat Semenanjung Malaysia, Kawasan sekitar Tawau dan pedalaman Sabah kerana kedudukannya di kawasan lindungan hujan.

                Monsun Barat Daya bermula pada pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September. Semasa musim ini, kawasan Asia Tengah mengalami musim panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan tinggi. Kawasan pedalaman Australia pula mengalami musim sejuk dan meanghasilkan satu kawasan tekanan tinggi. Oleh itu ,angin bertiup keluar dari kawasan pendalaman Australia ke kawasan Asia Tengah. Angin ini merentasi negara kita sebagai angin Monsun Barat Daya.

              Tiupan angin Monsun Barat Daya membawa hujan yang lebat ke Bukit Larut di Banjaran bintang dan Gunung Jerai(melebihi 2000mm). Kawasan Gunung Batu Putih di Banjaran Titiwangsa ,tanah tinggi di Terengganu, pantai barat Sabah , serta kawasan tanah tinggi di pedalaman Sarawak turut menerima hujan lebat . Daerah Kuala Pilah merupakan kawasan yang sangat kering pada Monsun Barat Daya kerana kawasan inin terlindung daripada angin yang membawa hujan . Jumlah hujan yang diterimanya kurang daripada 750mm. Kawasan-kawasan lain menerima hujan sederhana .

              Suhu kawasan Subang Jaya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di Tanah Tinggi Cameron . Min suhu tahunan di Subang Jaya ialah 27.7*C,manakala min suhu tahunan di Tanah Tinggi Cameron ialah 17.8*C.Keadaan ini disebabkan oleh Tanah Tinggi Cameron terletak di kawasan tanah rendah(40m). Suhu turun dengan kadar 1*C bagi setiap kenaikan 165 meter .

              Kesimpulannya , suhu tempatan di Malaysia dipengaruhi oleh ketinggian.Lapisan udara yang lebih hampir dengan permukaan bumi lebih banyak dipanaskan oleh haba dari bumi .Lapisan udara yang semakin tinggi kurang mendapat haba dari bumi. Oleh itu ,kawasan yang lebih tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah .

KEPULAUAN

             Malaysia dikelilingi oleh kawasan laut yang luas.Pada waktu siang,kawasan laut yang lambat menerima haba(panas) merendahkan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikannya sederhana panas .Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu laut .

            Pada waktu malam, kawasan laut yang lambat kehilangan haba(sejuk) meninggikan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikan sederhana sejuk .Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu darat. Sifat kepulauan dan proses penyederhanaan laut menyebabkan Malaysia mengalami julat suhu tahunan yang kecil.

Filed under :
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On July 12, 2009
At 6:13 pm
Comments : 3
 

3 Comments for this post

 
k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my Says:

clip yang disediakan amat menarik

 
 
k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my Says:

NOT BAD…PUT MORE EFFORD

 
 
k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my Says:

MANAKAH CLIP INI DICARI?

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.