Geografi Blog – Group B

Just another k1b09yshung-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

TAHUKAH ANDA??

MALAYSIA MENGALAMI HUJAN MAKSIMUM DUA KALI SETAHUN ,IAITU KETIKA MUSIM PERALIHAN MONSUN PADA BULAN APRIL DAN OKTOBER.

Filed under : TAHUKAH ANDA??
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On September 15, 2009
At 11:03 am
Comments : 0
 
 

TAHUKAH ANDA???

SIKLON TROPIKA MERUPAKAN RIBUT KENCANG YANG BERTIUP MENUJU KE KAWASAN TEKANAN RENDAH DI LAUTAN TROPIKA.ANGIN INI DIKENAL DENGAN NAMA YANG BERBEZA-BEZA,IAITU…

  • TAUFAN DI LAUT CHINA SELATAN
  • SIKLON DI TELUK BENGGALA
  • HURIKAN DI AMERIKA SYARIKAT
  • WILLY-WILLYDI AUSTRALIA
Filed under : TAHUKAH ANDA??
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On
At 10:56 am
Comments :1
 
 

Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim

  1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi iklim di Malaysia, iaitu :
  • Bentuk muka bumi – suhu lebih rendah di kawasan tanah tinggi.
  • Kedudukan – hampir dengan garisan khatulistiwa (menerima pancaran matahari yang banyak).
  • Jarak dari laut – suhu disederhanakan oleh bayu laut dan bayu darat.
  • Angin-angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut – membawa hujan lebat dan dapat menyederhanakan suhu.

                

petaiklim1.gif (69388 bytes)

soalan sasaran PMR

  • pergerakan bumi dalam sistem suria-1)putaran bumi pada paksinya yang condong menyebabkan berlakukejadian siang dan malam dan pembiasan angin.2)peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan berlaku kejadian empat musim di zon iklim sederhana.
  • cuaca dan iklim malaysia-1)suhu dan ciri-cirinya.2)sistem tiupan angin dan ciri-cirinya.3)hujan,taburan hujan dan jenis-jenisnya.
  • faktor mempengaruhi cuacu dan iklim di malaysia seperti kedudukan,sistem angin,ketinggian dan pengaruh laut.
Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On
At 8:39 am
Comments : 2
 
 

Pengaruhi Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

PENGARUH IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Purata suhu tahunan I suhu musim panas I suhu musim dingin mempengaruhi aktiviti spt:

Petanian – i.e. suhu 27° C sesuai untuk tanaman padi / getah / kelapa sawit; suhu 18° C pada musim panas sesuai untuk gandum + Ickasi.
Perikanan – suhu 27° (menyebabkan air suam – sesuai untuk pertumbuhan plankton iaitu makanan ikan + lokasi.
Pemburuan binatang – suhu musim dingin bawah 0° Cmenyebabkan bulu binatang tebal; keadaan bersaji memudahkan binatang dijerat + cth binatang.
Pelancongan – suhu 27° menarik pelancong negara-negara berikilm sejuk menikinati ‘sun bath’ mempengaruhi pertumbuhan batu karang + lokasi.
Pembalakan – Iklim ‘hawa sederhana menghasikan Hutan Pokok Tirus(konifer) dan menyediakan pokok pain, balsam fir, hemlok; salji yang menutup bumi pada muslim dingin memudahkan kayu digolekkan ke sungai / Iklim Monsun Tropika menghaslikan Hutan Monsun Tropika dan menyediakan pokok jati / Iklim khatulistiwa menghasilkan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan pokok cengal, meranti dan keruing + lokasi,

Jumlah hujan tahunan (?mm) menggalakkan aktiviti.

Pertanian – Hujan 2030 mm setahun sesuai untuk tanaman padi,getah / kelapa sawit + lokasi.
hujan > 3000 mm setahun sesuai untuk jut; hujan 750 mm setahun sesuai untuk gandum + lokasi.
Hujan lebat 2030 mm setahun menyediakan air yang cukup untuk menjana KHE – penting untuk perindustrian + lokasi.

Angin tempatan Musim Panas mempengaruhi.

Angin Monsun Barat Daya membawa hujan lebat (2030 mm) sesuai untuk padi,kelapa sawit,getah + lokasi.
Angin Cinuk di Timur B. Rocky mencairkan salji dan memecahkan fros menyebabkan tanah menjadi gembur – Sesuai untuk pertumbuhan rumput yang penting untuk penternakan lembu sesuai untuk penanaman gandum.
Pertembungan ‘arus panas dan arus sejuk menyebabkan air laut suam dan sesuai untuk pertumbuhan plankton (makanan ikan) dan ini menggalakkan aictiviti perikanan + nama aruss.
Musim panas yang panjang (90 – 120 hari) sesuai untuk tanaman gandum musim bunga, tanaman pasar,penternakan, perikanan + lokasi.

PENGARUH MANUSIA TERHADAP IKLIM.

Kenaikan suhu oleh sebab aktiviti:

Perindustrian. – kilang mengluarkan asap, karbon monoksida, gas beracun menyebabkan kesan rumah hijau; penggunaan CFC dalam racun arosol dan alat hawa dingin menyebabkan penipisan lapisan ozon = kenaikan suhu + cth.
Pengangkutan – pembakaran bahan api dari fosil spt petrol oleh kenderaan menyebabkan kesan rumah hijau := peningkatan suhu +lokasi.
Pembalakan – penebangan hutan menyebabkan tanah terdedah kepada pancaran matahari dari hilang silara; kurang proses fotosintesis menyebabkan udara tidak seimbang kandungan udara (karbon dioksida, oksigen, proses sejat peluhan terganggu – rnenyebabkan kenaikan suhu. Pembalakan berterusan menyebabkan karbon dioksida bertambah – penipisan lapisan ozon + lokasi.
Urbanisasi / pertanian – pada awal pembukaan, pokok ditebang rnenyebabkan tanah terdedab kepada pancaran matahari / tanpa pelindungan; bangunan batu, jalan raya dan cermin di kawasan urbanisasi / bandar menyebabkan penipisan lapisan ozon, cahaya ultra ungu terus ke permukaan bumi = suhu meningkat.
Angin kencang – pada awal pembukaan urbanisasi / pertanian, pokok ditebang menyebabkan kawasan jadi lapang = angin kencang / ribut + ccntoh.
Perindustrian kilang membebaskan sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara dan bertindak dengan wap air lalu berkumpul dalam awan. Apabila hujan air yang diturunkan mernpunyai nilai pH yang tinggi = hujan asid.
Pembangunan / urbanisasi menyebabkan debu dan habuk terampai = keadnan berjerebu + cth.
Pembalakan yang berleluaas rnenyebabkan sejat peluhan terganggu dan rnenyebabkan udara kering dan ini rnengakibatkan hujan berkurangan.
Merupakan satu lapisan gas beracun yang terdiri daripada karon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrokarbon yang menghalang pembalikan haba ke atmosfera suhu meningkat.
Aktiviti perindustrian / pengangkutan – pelepasan gas spt karbon dioksida, karbon monoksida yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil + cth.
Pembalakan yang berterusan rneningkatkan kandungan karbon dioksida.
Pembakaran / kebakaran hutan yang menghasilkan kabon dioksida.
Pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan / kebakaran hutan.
Urbanisasi yang menghasilkan banyak karbon dioksida / habuk + cth.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Hujan Asid dan Kesannya:SEBAB:

Sulfur dioksida dan nitrogen oksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan. apabila terpelowap hujan akan turun sebagai hujan asid.
Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang + cth.
Pembakaran bahan api dan fosil spt oleh kenderaan yang menghasilkan nitrogen oksida.
Penggunaan baja dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.

KESAN:

Penyakit kepada manusia. – sakit dada / batuk, tulang, buah pinggang
Air sungai, laut berasid membunuh hidupan akutik spt. ikan + cth.
bintatang yang bergantung kepada ikan akan mati + cth.
Ikan bahaya kepada manusia kerana kandungan raksa yang tinggi.
Kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid.
Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah -rnengurangkan kesuburan tanih.
Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum.
Mempercepatkan hakisan bangunan spt cat bangunan.
Merosakkan cat kereta.
Mempercepatkan kadar hakisan/ pengkaratan barangan besi.

Sebab-Sebab Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis / berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.
Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa, penyembur aresol.
Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.
Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida.
ujian senjata nuklear.
Peperangan yang menggunakan bahan letupan + cth.
Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.
Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon:

Bertambahnya sinaran ultra ungu ke perrnukaan bumi – meningkatkan suhu bumi.
Penyakit spt katarak mata, kanser kulit.
Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan – karbon dioksida bertambah.
Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang menyebabkan tumbuhan / binatang mati.
Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.
Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.
Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.
Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier – menyebabkan peningkata.n aras laut, isi padu air laut bertambah, kawasan rendah ditenggelarmi air / banjir + lokasi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PERUBAHAN IKLIM

menghapuskan penggunaan CFC dalam penyembur aresol dan alat pendingin hawa untuk elakkan lapisan lapisan ozon yang menyebabkan kenaikan suhu diganti dengan helium.
Menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk elakkan Kesan Rumah Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu /hujan Asid.
Pertanian / Urbanisasi – dialankan secara terkawal spt plastik / tanaman penutup bumi untuk elakkan peningkatan suhu /jerebu.
Pengangkutan – kenderaan yang mengeluarkan asap dan gas beracun yang menyebabkan kesan Rumah hijau atau kenaikan suhu di atasi dengan:
menggunakan petrol tanpa plumbum / gas asli.
kurangkan penggunaan bahan api dan fosil.
kenderaan berkuasa elektrik untuk elakkan kesan rumah hijau.
Kurangkan pembalakan untuk elakkan suhu meningkat / angin kencang; penghutanan semula kawasan pembalakan.
Hapuskan ujian / penggunaan senjata nuklear / kapal supersonik untuk eIakkan penipisan lapisan ozon yang meningkatkan suhu.
Perlaksanaan undang-undang spt Mutu Kawalan Alam Sekitar,
Kesedaran kepada masyarakat spt pendidikan alam sekitar di sekolah.
Persidangan antarabangsa spt Persidangan Bumi Rio (untuk atasi Kesan Rumah hijau dan Persidangan Viena (untuk atasi penipisan lapisan ozon).
Kurangkan penyelidikan di Antartika.
Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On
At 12:50 am
Comments : 2
 
 

CIRI-CIRI IKLIM

ciri-ciri iklim

ciri-ciri iklim Malaysia meliputi suhu,angin dan hujan.

suhu

  • ialah darjah kepanasan atau kandungan haba dalam udara yang berpunca daripada pancaran matahari.

  • purata suhu tahunan malaysia ialah 27’c.suhunya adalah tinggi dan sekata sepanjang tahun.

  • julat suhu tahunan adalah kecil,iaitu 1’c hingga 3’c kerana pengaruh faktor:a)berhampiran garisan khatulistiwa.b)muka bumi dikelilingi oleh lautan.c)kelembapan bandingan yang tinggi.d)menerima hujan sepanjang tahun.

  • keadaan ini dipengaruhi  oleh faktor ketinggian,iaitu kenaikan ketinggian 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun 1’c.                                                                                         

Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On
At 12:41 am
Comments : 2
 
 

geografi

Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On September 10, 2009
At 10:10 pm
Comments : 2
 
 

MENGENAL KUSUS IKLIM DAN CUACA

  

MENGENAL KURSUS IKLIM DAN CUACABumi yang berbentuk sfera dan berputar mengelilingi matahari menerima jumlah bahangan matahari yang berbeza-beza mengikut ruang (tempat) dan masa (musim). Bumi juga berputar di atas paksinya pada sudut-sudut berbeza-beza mengikut musim dan hal ini juga menyebabkan wujudnya banyak ketidakseimbangan, baik daripada segi taburan tenaga, haba, suhu, tekanan, lembapan, jisim, udara dan lain-lain. Dengan tambahnya suatu lapisan atmosfera yang bersifat dinamik, maka tambahnya juga ketidakseimbangan tersebut. Oleh itu, sistem bumi-atmosfera merupakan suatu sistem bergabung amat kompleks yang berinteraksi dengan matahari dan berbagai sistem planet yang lain. Sistem bumi-atmosfera yang kompleks akan menghasilkan sistem-sistem cuaca dan iklim yang kompleks juga.    Sebenarnya, cuaca dan iklim, termasuk segala fenomena yang terkandung dalamnya merupakan agen-agen yang cuba mengurangkan ketidakseimbangan tersebut. Pada dasarnya, iklim dan cuaca mempunyai interaksi rapat dengan fenomena-fenomena fizikal yang lain dalam sistem bumi-atmosfera. Kedua-duanya juga mempengaruhi hampir segala aktiviti manusia. Justeru itu, kaji iklim dan cuaca merupakan suatu bidang khusus yang mengkaji tentang interaksi di antara permukaan bumi, atmosfera dan tenaga matahari, dan juga tentang kesan-kesan akibat interaksi tersebut. Di dalam dunia moden, interaksi di antara manusia dengan unsur-unsur iklim yang menjadi semakin penting juga dikaji. Cuaca dan iklim, serta alam udara dalam mana fenomena-fenomena cuaca dan iklim berlaku, merupakan sebahagian besar alam asli yang boleh dikatakan meliputi segala bahagian dan segala peristiwa zon pertemuan bumi dengan atmosfera.  Udara adalah salah satu daripada unsur-unsur utama yang menjaminkan stabiliti, keadaan mantap, dan pengekalan alam asli pada keseluruhannya.  Hal ini berlaku melalui berbagai-bagai bentuk aliran, kitaran, pertalian, dan perhubungan yang wujud terhadap tenaga, lembapan dan bahan-bahan asas lain.

Justeru itu, sebagai ahli Ilmu Alam kita haruslah mengerti sifat dan keadaan alam udara agar unsur-unsurnya yang berfaedah (ataupun unsur-unsur membina) kepada alam asli, dan manusia sendiri, dapat digunakan secara optima dan kesan-kesan buruk akibat daripada unsur-unsur negatif (ataupun yang membinasa) dapat dikurangkan dan, kalau boleh dielakkan samasekali.  Dengan adanya suatu pandangan yang sihat tentang alam udara baru kita dapat melangkah ke arah suatu kehidupan yang berharmoni dengan persekitaran kita, di mana penyalahgunaannya yang membawa kepada pencemaran dan “sakit-sakit” alam asli yang lain di dalam alam sekitar dan sumber alam dapat dikurangkan. JW

Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On
At 9:47 pm
Comments :1
 
 

Soalan Ulangkaji

1. Faktor manakah mempengaruhi suhu di Malaysia?

     I ketinggian        

     II kedudukan       

     III sifat kepulauan       

     IV angin monsun

(A) I, II, dan III     (B) I, II, dan IV     (C) I, III, dan IV     (D) II, III, dan IV

2.   – Tekanan tinggi di pedalaman Asia

      – Hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia

 Maklumat di atas dikaitkan denagan tiupan angin

(A) monsun timur laut

(B) Sumatera

(C) monsun barat daya

(D) bayu darat 

3. Malaysia mengalami julat suhu tahunan yang kecil.

Pernyataan di atas merujuk kepada faktor

(A) iklim

(B) ketinggian

(C) kepulauan

(D) bentuk muka bumi

 

Filed under : Soalan Ulangkaji
By pyyap.ppc@smjk.edu.my
On August 17, 2009
At 11:24 am
Comments : 3
 
 

Pengenalan Kepada Cuaca & Iklim Malaysia

Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.

Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-­ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-­musim peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-­ubah.

Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu laut dengan kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu darat akan terjadi di kawasan pantai.

Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.

Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-­ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-­musim peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-­ubah.

Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu laut dengan kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu darat akan terjadi di kawasan pantai.

Disediakan oleh : Ong Yee Chiun

Filed under : Cuaca dan iklim
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On June 26, 2009
At 2:44 pm
Comments : 4
 
 

PETA MALAYSIA

Filed under : Uncategorized
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On
At 2:13 pm
Comments :1
 
 
 
This site is protected by Comment SPAM Wiper.