Geografi Blog – Group B

Just another k1b09yshung-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

Pengenalan Kepada Cuaca & Iklim Malaysia

Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.

Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-­ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-­musim peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-­ubah.

Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu laut dengan kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu darat akan terjadi di kawasan pantai.

Disediakan oleh : Ong Yee Chiun

Filed under : Cuaca dan iklim
By k1b09yshung.ppc@smjk.edu.my
On June 26, 2009
At 2:44 pm
Comments : 4
 
4 Comments for this post

June 30th, 2009 at 10:24 pm

Penerangan yg teliti… Berguna kpd saya! Yang menarik pula, dapat menulis comment, haha!:-)

July 9th, 2009 at 6:14 pm

Sila teruskan blogging untuk maklumat penting bagi topik perbincangan anda

September 14th, 2009 at 11:43 pm

MAKLUMAT DI DALAM SUNGGUH BERGUNA…BERUSAHA LAGI..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.